Friday, July 16, 2010

dariku buat dirimu

09:17 p.m

11/7/2010

Sunday

Hari ini aku berumur 13 tahun 5 bulan.aku sedang menempuh alam remaja yang sentiasa diduga dengan pelbagai ujian.aku tidak menyangka sama sekali alam remaja ini ku tempuh dengan cara sebegini.pada zaman kini,remaja2 memang banyak terjebak dengan gejala yang tidak bermoral.saban hari aku sering terdengar tentang kes pembuangan bayi2 yang tidak berdosa(astaghfirullahalazim).mengapa mereka sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu?sudah semestinya mereka akan tahu ia akan mendatangkan kesan2 negatif dan langsung tidak mendatangkan kesan yang baik terhadap diri mereka dan keluarga masing2..(setuju tak?)..adakah disebabkan nafsu yang sering membuak2 dalam diri mereka?mereka mempunyai akal dan mampu untuk berfikir.bukan seperti haiwan yang hanya mempunyai nafsu tetapi tidak dapat mengawal nafsunya kerana tidak mempunyai akal fikiran.

Aku sentiasa berharap agar diri ini tidak terlencong ke lembah yang pasti tidak akan menjamin arah yang sebenarnya ingin ku tuju.aku ingin menjaga nama baik aku,ibubapa aku,keluarga aku,kampung aku,sekolah aku,daerah aku dan seterusnya nama negeri dan Negara aku.yang paling penting sekali nama aku dan nama kedua ibubapaku.aku tidak akan sekali2 menconteng arang ke muka mereka.jika tidak,sia2 je la mereka membesarkan dan mendidik aku dengan sempurna selama ini.aku amat menyayangi mereka.

Sampai disini sahaja coretanku buat kali ini.jika ada masa yang terluang,aku akan coretkan sedikit sebanyak tentang kehidupanku seharian.

Salam

Salam sayang,

Insan remaja

No comments:

Post a Comment