Thursday, December 24, 2009

pergi kem

Alhamdulillah,pada 11,12 dan 13 disember yang lalu aku telah pun selesai mengikuti Kem Motivasi Pelajar edisi ke-2 di Masjid Negeri, Melaka iaitu Masjid Al-Azim.'Best' nya dekat sana.Itulah kali pertama aku menyertai kem dan kali pertama aku tidur di Masjid Al-Azim.Sebelum ni aku datang Masjid itu pun untuk sembahyang je.Had umur yang diberikan adalah antara 8 hingga 17 tahun tapi ade juga peserta yang berumur 7 tahun. Aku,adik perempuan aku dan peserta2 perempuan tidur di tempat santapan diraja.Ada 'air cond' dalam tu(biasalah tempat diraja).Aku pulak tak bawa selimut.Nasib baik bawa stokin.Tapi waktu malam 'air cond' tu dibuka sederhana.Taklah sejuk sangat.Abang2 aku dan peserta2 lelaki pula tidur tingkat 2 Masjid Al-Azim.Macam2 aktiviti yang diadakan.Antaranya ialah ceramah , Kuliah Subuh dan Maghrib , muhasabah diri , senamrobik dan lain2.Aktiviti yang paling mencabar sekali ialah muhasabah diri atau lebih dikenali sebagai aktiviti burung hantu.Hinggakan ada peserta yang menangis dan 'ter'buang air dalam seluar.Aku ingatkan ustaz suruh kitaorang kemas masjid.Nak tahu sebab apa aku fikir macam tu..Korang baca cerita ni...

Pada pukul 10:30 malam sesi muhasabah diri diadakan.Sebelum itu ialah sesi ceramah disampikan ole Ustaz Rahimin Bani.Lepas habis ceramah,facilitator(urusetia)memarahi kami terutama peserta lelakikerana ketika Kuliah Maghrib mereka berlari-lari dalam masjid dan membuat bising.Lepas tu ustaz kata lebih kurang macam ni:

"Oleh kerana awak buat ustaz marah,ustaz nak denda kamu.Lepas ni nanti,ustaz nak kamu semua ambil sehelai baju.Yang perempuan kalau boleh baju t-shirt(kerana peserta perempuan kena sentiasa memakai baju kurung kecuali senamrobik).

Haaa.Masa ustaz kata sehelai baju tu,aku ingatkan ustaz suruh bersihkan masjid.Masa tu lelaki pakai baju melayu,perempuan pakai baju kurung.Rupa-rupanya baju itu digunakan untuk menutup mata.Aikkk.Kena tutup mata pulak??!Macam main nenek kebayan je.Bukan main nenek kebayan.Kalau nenek kebayan Si Nenek sahaja yang nenutup mata.Si cucu2 tak payah.Burung hantu pulak semua orang kena tutup.Kecuali Si Burung Hantu(faci yang jadi burung hantu).

Dahla sampai ni jelah.Sebenarnya ada banyak lagi tapi jari-jemari ni dan penat.Nanti aku akan sambungkan.Insyaallah.....

Thursday, December 10, 2009

balik kampung



Pada hari Sabtu,aku,adik-adik aku dan abang sulung aku balik ke kampung.Kampung aku terletak di Mantai,Nyalas.Kami bertolak pada waktu petang.Sebelum itu,kami pergi ke Shopping Centre atau lebih dikenali sebagai Fresco untuk membeli barang-barang nenek.Lepas beli barang nenek kita orang pergi pasar malam.Kita orang sampai rumah nenek masa tu tengah azan Maghrib.Abang aku dengan adik lelaki aku tinggal kat rumah nenek sampai hari Ahad je.Besok tu dia orang dah balik sebab abang aku kena 'practical'(alah biasalah orang 'practical' mana boleh cuti).Aku dengan adik perempuan aku pulak tinggal kat rumah nenek sampai hari Selasa.Dekat rumah nenek aku dapat palajaran baru.Nenek ajar aku macam mana nak masukkan tepung yang telah dibancuh ke dalam acuan kuih ros dan letakkannya di dalam kuali yang dipenuhi dengan minyak.Rupanya kita kena panaskan dulu acuan kuih ros tu.Kalau tak nanti dia jatuh dan seterusnya tak jadi.Aku rasa best sangat bila dapat buat benda tu.Pada hari Selasa malam Rabu nenek aku nak pergi Kelantan.Dia pergi pondok(tempat belajar).Kawan dia yang ajak sebab kawan dia nazar.Dia kena chikungunya hari tu teruk sangat.So dia nazarlah,kalau dia sembuh dia nak pergi pondok.Nenek pergi sana naik bas.Kita orang(keluarga aku,keluarga Pak Ngah ngan keluarga Pak Lang) temankan nenek tunggu bas dekat Tangkak.Dekat dalam tiket bas tu tulis akan bertolak pada pukul 9 malam,tapi bas tu sampai dah nak dekat pukul 10.Penat kita orang tunggu.
Ok la sampai sini je.Bye...

Friday, December 4, 2009

rahsia taugeh


Aku ni suka la juga makan sayur tapi aku makan yang mak aku masak je.Kalau orang lain masak aku tak suka sangat nak makan.Terutama kalau makan kat kedai.Aku cuma takut kalau kalau orang kedai tu tak basuh sayur tu.

Setiap sayur mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Salah satu sayur ialah taugeh.Taugeh ni ada banyak khasiatnya.Sebelum saya menerangkan khasiatnya izinkan saya beritahu serba sedikit tentang taugeh Cina.Taugeh Cina ni ditanam dengan menggunakan air kencing khinzir... dan sifat taugeh ni dia serap terus!!! Sebab tu la taugeh Cina dia bau hancing lepas beberapa lama berlalu...

Di bawah ini adalah antara khasiat-khasiat taugeh.Kepada yang nak baca tu silalah baca.


Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.
Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.

Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi,

sedihnye


semalam befday aku(3 Dec hari Khamis).Takde sorang pun kawan aku tepon untuk 'wish' aku.Huhu...Kalau tak dapat bagi hadiah pun 'wish' la.Kalau keluarga aku tak 'wish' ke, bagi hadiah masa 3 dec ni aku tak kecik hati sebab keluarga aku sambut masa bulan Islam.So, aku sambut befday aku masa 22 Rejab.Kita orang tak sambut masa bulan Masihi.Haram...(hehe takde la gurau je.Mana ada haram).Dari pagi sampai malam aku tunggu tapi takde sorang pun tepon.

Huhu...Sedihnye

Wednesday, December 2, 2009

susah nak tidur



Malam tadi aku susah nak tidur(hari selasa malam rabu).Dah macam macam cara aku buat tapi tak boleh tidur jugak.Aku mula-mula masuk bilik kira-kira pukul 10.30 atau 10.25 malam.Pastu bila dah baring atas katil, mata tak boleh lelap pulak.Aku cuba baca buku tapi tak rasa mengantuk pun.Pastu aku pergi dapur.Aku masak air buat air susu campur beras perang(beras perang yang telah dikisar.Macam 'cereal' jugak la).Cicah ngan biskut.Aku baring atas katil rasa ngantuk la sikit.Akhirnya lelap jugak mata aku.Agaknya pukol berapa aku tidur ek.

Tuesday, December 1, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah,akhirnya dapat jugak buat blog.Sebelum ni teringin jugak buat blog tapi takut umi marah.Tapi lepas umi kata "awak tak nak buat blog ker",aku terus buat blog.Aku pun ade tengok blog orang lain sebagai rujukan.