Thursday, December 24, 2009

pergi kem

Alhamdulillah,pada 11,12 dan 13 disember yang lalu aku telah pun selesai mengikuti Kem Motivasi Pelajar edisi ke-2 di Masjid Negeri, Melaka iaitu Masjid Al-Azim.'Best' nya dekat sana.Itulah kali pertama aku menyertai kem dan kali pertama aku tidur di Masjid Al-Azim.Sebelum ni aku datang Masjid itu pun untuk sembahyang je.Had umur yang diberikan adalah antara 8 hingga 17 tahun tapi ade juga peserta yang berumur 7 tahun. Aku,adik perempuan aku dan peserta2 perempuan tidur di tempat santapan diraja.Ada 'air cond' dalam tu(biasalah tempat diraja).Aku pulak tak bawa selimut.Nasib baik bawa stokin.Tapi waktu malam 'air cond' tu dibuka sederhana.Taklah sejuk sangat.Abang2 aku dan peserta2 lelaki pula tidur tingkat 2 Masjid Al-Azim.Macam2 aktiviti yang diadakan.Antaranya ialah ceramah , Kuliah Subuh dan Maghrib , muhasabah diri , senamrobik dan lain2.Aktiviti yang paling mencabar sekali ialah muhasabah diri atau lebih dikenali sebagai aktiviti burung hantu.Hinggakan ada peserta yang menangis dan 'ter'buang air dalam seluar.Aku ingatkan ustaz suruh kitaorang kemas masjid.Nak tahu sebab apa aku fikir macam tu..Korang baca cerita ni...

Pada pukul 10:30 malam sesi muhasabah diri diadakan.Sebelum itu ialah sesi ceramah disampikan ole Ustaz Rahimin Bani.Lepas habis ceramah,facilitator(urusetia)memarahi kami terutama peserta lelakikerana ketika Kuliah Maghrib mereka berlari-lari dalam masjid dan membuat bising.Lepas tu ustaz kata lebih kurang macam ni:

"Oleh kerana awak buat ustaz marah,ustaz nak denda kamu.Lepas ni nanti,ustaz nak kamu semua ambil sehelai baju.Yang perempuan kalau boleh baju t-shirt(kerana peserta perempuan kena sentiasa memakai baju kurung kecuali senamrobik).

Haaa.Masa ustaz kata sehelai baju tu,aku ingatkan ustaz suruh bersihkan masjid.Masa tu lelaki pakai baju melayu,perempuan pakai baju kurung.Rupa-rupanya baju itu digunakan untuk menutup mata.Aikkk.Kena tutup mata pulak??!Macam main nenek kebayan je.Bukan main nenek kebayan.Kalau nenek kebayan Si Nenek sahaja yang nenutup mata.Si cucu2 tak payah.Burung hantu pulak semua orang kena tutup.Kecuali Si Burung Hantu(faci yang jadi burung hantu).

Dahla sampai ni jelah.Sebenarnya ada banyak lagi tapi jari-jemari ni dan penat.Nanti aku akan sambungkan.Insyaallah.....

No comments:

Post a Comment