Korang nak tau sebab apa tajuk post ni 'aktiviti mingguan',bukan 'aktiviti harian'.Sebabnya ialah sepanjang Disember lalu ,aku keluar rumah atau bercuti adalah sepanjang hujung minggu je.Sebab abang aku yang sulung ade practical so kitaorang nak jalan-jalan dengan dia sekalilah.semua adik -beradik aku cuti dia je kerja.Orang practical kan tak boleh cuti,walaupun cuti sekolah.Yang kat bawah ni adalah aktiviti aku sepanjang hujung minggu bulan Disember.
5-8 Disember
>Aku balik kampung aku kat Mantai,Nyalas.Aku dah cerita dah.So takyah la cerita lagi.Kalu yang belom baco layi silo baco yang 'balik kampung'.
11-13 Disember
>Aku pergi kem motivasi pelajar kat Masjid Al-Azim,Melaka.Ni pun aku dah cerita gak.(yang 'pergi kem').
25-27 Disember
>Aku gi cuti kat Kl.25(Jumaat) haribulan kan Krismas so abang aku dapatla cuti.
Kitaorang punya 'tempat tinggal' adalah di Angsana Hilir Condominium.Sampai je Kl kitaorang rehat-rehat kat bilik pastu gi Muzium Negara.Tak semua bangunan kat Muzium tu kitaorang pergi sebab dah nak tutup.Lepas tu,Kitaorang pergi Mid Valley.Disebabkan dekat ngan Muzium tu ada stesen Komuter,kitaorang ambil keputusan naik komuter.
Komuter yang kita orang naik
Kat Mid Valley tu kitaorang pergi MPH Bookstore.Pas tu, sempat jugak tengok-tengok handphone yang latest punya.
Keesokan harinya,26 Disemmber(Sabtu) kitaorang pergi KlCC.Bukan gi Suria tapi.....cuba korang agak kitaorang gi mana.
Di atas SKYBRIDGE
Pandangan dari atas SKYBRIDGE
Mana lagi kalo bukan SKYBRIDGE yang menghubungkan antara 'adik' dengan 'abang' menara tersebut.Itulah kali pertama aku naik menara tersebut .Seronoknya bukan kepalang.Kalo korang nak naik SKYBRIDGE korang kena pergi seawal 6.00 atau 6.30 pagi.Kalo pergi masa matahari dah naik memang tak dapat.Sebab ramai sangat orang.Ticket dia free.Kitaorang pergi lepas sembahyang subuh.Dapat naik kul 9.30 pagi.Boleh ada kat atas tu selama 10 minit sahaja.Abang-abang aku merungut.Tunggu bukan main lama nak dapat ticket tapi boleh ada kat atas selama 10 minit je(sebab diorang yang ambil ticket aku,umi,abah ngan adik-adik tunggu kat dalam kereta sebab nak cari parking).Lepas tu balik kondo.Cadang nak balik hari Ahad tapi keadaan kondo tu yang tidak seperti hotel tidak mengizinkan.Kitaorang balik tengahari tu jugak.
Aku telah meninggalkan sesuatu dan mengambil sesuatu ketika disana iaitu:
> > >Aku telah meninggalkan tapak kasut dan tapak kaki dan mengambil pengalaman yang paling berharga dan manis disana.
Mungkin Allah nak bagi kitaorang pergi ke majlis perkahwinan cikgu zainalfitri kot masa hari Ahad tu.Kan kalo ada orang menjemput kita kalo dia buat majlis(apa-apa majlislah)kita diharuskan hadir untuk mengeratkan silaturahim.
Monday, January 25, 2010
Wednesday, January 6, 2010
sambungan 'pergi kem'
Ini adalah sambungan daripada 'pergi kem'.Bagi yang belum baca 'pergi kem',jangan baca yang ni dulu.Baca yang 'pergi kem'.
Bagi mereka yang belum tahu permainan burung hantu bacalah sampai habis.Izinkan saya untuk menerangkan bagaimana permainan ini dimainkan.
Permainan Burung Hantu.
1.Permainan ini memerlukan ramai orang.Mungkin 20 orang ke atas.
2.Pemain-pemain dikehendaki menutup mata kecuali 2 orang(atau lebih)yang dipilih menjadi burung hantu dan 3 orang(atau lebih) yang dipilih menjadi penunjuk arah.
3.Permainan ini MESTI dimainkan pada waktu malam.
4.3 orang penunjuk arah dikehendaki membawa pemain ke tempat lain dan menakutkan pemain seperti berkata:
>ada pokok besar kat depan,belok kiri.
>ada dahan besar tunduk cepat.
>ada longkang besar korang kena langkah.
>kita dah nak sampai kubur....shhh.Jangan bising.
Padahal perkara diatas tak adapun.Cuma ingin menakutkan pemain kerana permainan ini mesti main waktu malam.Nama pun Permainan Burung Hantu......

Monday, January 4, 2010
dah lama...
hemmm... Dah lama aku tak update blog aku ni.Bukan tak de 'benda' yang nak diceritakan cuma diri ini terasa malas nak nak tekan keyboard.Bila dah bukak tak tahu nak cerita macam mana pulak.Cara senangnya adalah kena buat catatan dalam sebuah buku.Bila idea tu datang tulislah.Aku ni lebih suka menulis dan bercakap jika mengenai cerita.Kalau korang nak tahu apa aktiviti aku sepanjang Disember 2009, korang bacalah yang lain-lain.
Okla, sempena tahun baru 2010/1431 ni aku nak ucapkan selamat tahun baru.Kepada yang kecundang pada peperiksaan UPSR ke PMR ke atau peperiksaan biasa jangan putus asa kerana perjuangan masih belum tamat.Masih banyak lagi 'peperangan' yang perlu anda tempuhi.Azamkan diri anda untuk belajar bersungguh-sungguh,gembirakan hati mak ayah.Kalau azam aku tahun ni nak hafal 30 juz al-quran.Hari tu aku terdengar kat Radio IKIM.fm rancangan alam ria si kecil ada adik tu umur 11 tahun dah dapat hafal.Lebih muda dari aku.Sebab tu aku berazam nak hafal al-quran.Mudah-mudahan azam aku tercapai(amin).So,tahun ni aku kena usaha lebih.
Kepada abangku yang dah ambil SPM,calon2 PMR,SPM 2010 saya doakan mudah-mudahan anda berjaya.(AMIN)

Subscribe to:
Posts (Atom)