Salam.
Saja nak berkongsi cerita.
Aku belajar dpd MB Kelantan dan Kak Rohana Yusoff, sesibuk mana pun, mesti cari masa utk solat Dhuha. Murah rezeki, dan wajah jadi bercahaya, dgn izin Allah SWT.
Moga cerita ini menjadi motivasi diri pd anak2ku dan kawan2..
Nak dipendekkan cerita, suatu hari dlm semester ni, kelasku hari tu mula pukul 10:15 pagi, jadi memangla sempat utk solat dhuha. Selesai solat, aku bergegas ke kelas.
Di tepi blok Sarjana, aku bertembung dgn Mr Gopala, ketua UPENA UiTMT. Dia menanya aku pakai bedak apa sampai wajah aku putih dari biasa? Dalam kalut aku nak ke kelas tu, aku terlupa, aku bukan lagi di ITM Kuantan atau UiTM Jengka di mana sewaktu aku bertugas di sana, tiap kali aku mengajar, aku gunakan kapur. Habis mengajar, memang debu kapur memenuhi tudung kepala dan wajahku. Jadi secara spontan aku sapu kepalaku... aku terlupa sungguh , aku belum masuk kelas lagi hari tu dan sudah lama aku beralih menggunakan white board marker.
Mr Gopala menggelengkan kepala, dia mengulangi bahawa yg ditanyakannya bedak apa aku pakai sampai wajah aku hari tu jadi putih?
"Bedak?", aku menanyakannya kembali untuk kepastian... rasa pelik pun ada.
Sebenarnya aku tak pernah berbedak di muka sudah bertahun lamanya...
Lepas tu baaru aku teringat.
Boleh jadi Allah tunjukkan pd Mr Gopala kesan wudhuk di wajahku...
(cerita di atas bukan cerita saya ye)
Hmm....
Lepas ni, sesiapa yg nak wajahnya putih bercahaya, rajin2la memperbaharui wudhuk.. kih kih kih....
Tak payah bersusah payah beli dan guna "Fair n Lovely' la... De'Wajah la... serta serba mak nenek tu.
Sahabat nabi, Bilal ra, umpamanya rajin memperbaharui wudhuknya sampaikan masa nabi gi Isra' Mikraj, nabi dengar bunyi tapak kaki Bilal di syurga... Rupa2nya ia adalah berkat amalan mudah Bilal rajin berwudhuk....
Mungkin kita lani rasa mudah... tapi bayangkanla zaman nabi dulu, tak dak paip air macam kita lani... Buka paip, automatik ada air.
Zaman dulu, kena cedok air dekat telaga.... kena angkut masuk bubuh dlm bekas air dlm rumah... lepas tu di musim sejuk, airnya sejuk bedi... kita lani pasang pemanas air...
isk isk isk... memangla jihad kita dan mereka tak sama...
itu pun kita malas lagi nak perbaharui wudhuk sokmo...
Cahaya Muka Nabi Muhammad SAW
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata,
"Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu !"
Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat ?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."
KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap)
telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. :
"Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku
supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula ?"
Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "
Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata :
"Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: "Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan
Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah..... marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.
Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.
Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh kamu (surah Al-Baqarah ayat 208).
No comments:
Post a Comment